HOMESTAY | UNIT STUDIO  | UNIT RUANG TAMU + 1 BILIK | UNIT RUANG TAMU + 2 BILIK | UNIT RUANG TAMU + 3 BILIK


Mengapa Kita Perlu Melancong?

SHARE


"Kalau kita pergi melancong untuk membeli-belah, memang kita perlukan bajet  tinggi. Tetapi kalau tujuan kita nak melancong untuk melihat tempat orang, merasai suasana negara lain atau melihat keindahan alam semula jadi, ia tidak memerlukan bajet besar".

Untuk bercuti atau melancong di luar negara, ia memerlukan perancangan awal bagi memastikan kos perbelanjaan termasuk pengangkutan dan penginapan.
 
"Saya lebih suka melancong atau bercuti di luar negara. Apabila ada promosi harga tiket rendah, masa itulah saya beli. Kita boleh rancang dalam jangka masa panjang, kumpul duit untuk buat bajet ke sana.
 
"Percaya atau tidak... sepuluh hari saya di Korea saya hanya berbelanja sekitar RM3,000 sahaja. Jimat kerana dari Malaysia saya sudah bawa makanan seperti mee segera, serunding dan roti kerana kita tahu untuk mencari makanan halal di negara bukan Islam agak susah," katanya yang baru balik melancong di Korea Selatan.
 
Abdul Adib berpendapat sama ada bercuti dalam atau luar negara, ia adalah ganjaran dan peluang untuk merehatkan diri setelah penat bekerja mencari rezeki.

"Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh sampai ke Jepun, China, atau Istanbul tetapi jika masa menjadi kekangan, cukup sekadar di pulau atau tempat-tempat peranginan dalam negara seperti Cameron Highland sudah memadai," katanya.
   
Bagi Azzah Abdul Rahman,35, bercuti dalam atau luar negara mempunyai keistimewaan tersendiri kerana destinasi yang berbeza memiliki keunikan berlainan.
 
"Saya suka kedua-duanya (dalam dan luar negara) dan paling suka jika perjalanan itu perlu menaiki kapal terbang atau kereta api. Saya seorang yang teliti dalam merancang perjalanan.
 
" Selalunya, saya akan pastikan harga tiket sebelum beli, sehingga dapat yang paling murah dan memuaskan hati. Untuk tujuan ini saya menggunakan aplikasi Skyscanner," katanya.

No comments: